#Apa itu Dana Unit Amanah Berlandaskan Syariah?
- Skim kolektif pelaburan yang berlandaskan Syariah.
- Menawarkan peluang kepada para pelabur untuk melabur dalam sebuah portfolio pelbagai instrumen pasaran modal Islam.
- Diurus oleh pengurus dana profesional mengikut kehendak Syariah.
- Jawatankuasa Syariah atau Penasihat Syariah yang dilantik akan memqastikan operasi dan pelaburan dana-dana adalah mengikut kehendak Syariah.
* Dana-Dana Public Mutual diurus berdasarkan kehendak Syariah dengan Islamic Banking and Finance Institut Malaysia Sdn.Bhd (IBFIM) sebagai penasihat Syariah kepada dana-dana tersebut.
Bagaimana Dana-dana Unit Amanah Berlandaskan Syariah dikawalselia?
-Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
-Garis Panduan Dana-Dana Unit Amanah
-Jawatankuasa Syariah / Penasihat Syariah
-Akta Pasaran Modal Dan Perkhidmatan 2007 (CMSA)
Dana Ekuiti Islam
- Dana ekuiti Islam merupakan dana yang melabur terutamanya dalam saham-saham patuh Syariah dipasaran asing dan /atau tempatan bagi mencapai pertumbuhan modal untuk pemegang-pemegang unit.
- Lingkungan : Dari pelaburan ekuiti patuh Syariah tempatan sehingga ke negara-negara asing,dari saham-saham mewah ke syarikat-syarikat lebih kecil dan saham-saham sektor tertentu.
- Sesuai untuk para pelabur bersifat sederhana hingga agresif dalam menerima risiko dan ganjaran serta boleh menangani situasi pasaran yang turun-naik untuk jangka masa panjang bagi mencapai pertumbuhan modal.
Dana Seimbang Islam
- Dana seimbang Islam merupakan dana yang berfokus kepada mencapai keseimbangan di antara pendapatan jangka panjang dan pertumbuhan modal dengan melabur sebahagianya dalam saham-saham patuh Syariah dan sebahagian lagi dalam suku seperti sukuk berdaulat,sukuk korporat dan instrumen-instrumen pasaran wang Islam.
- Lingkungan : Dari pelaburan tempatan ke negara-negara asing.
- Perlindungan takaful percuma ditawarkan.Tertakluk kepada syarat dan peraturan.
- Sesuai untuk para pelabur yang bersifat konservatif hingga sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta ingin menerima pendapatan dengan pertumbuhan modal yang sederhana.
Dana Sukuk
- Dana sukuk merupakan dana yang melabur terutamanya dalam sukuk seperti sukuk berdaulat,sukuk korporat dan intrument-instrumen pasaran wang Islam untuk memperolehi dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang-pemegang unit.
- Lingkungan : Pelaburan tempatan.
- Sesuai untuk para pelabur yang bersifat konservatif hingga sederhana dalam menerima risiko dan ganjaran serta ingin menikmati kestabilan pendapatan tahunan dengan modal yang agak selamat.
Dana Pasaran Wang Islam
- Dana pasaran wang Islam merupakan dana yang melabur terjumpa dalam instrumen-instrumen pasaran wang Islam berjangka pendek dan sukuk berjangka pendek bagi memperolehi dan mengagihkan pendapatan tahunan kepada pemegang-pemegang unit.
- Lingkungan : Pelaburan tempatan.
- Sesuai untuk para pelabur yang bersifat konservatif dalam menerima risiko dan gajaran.
- Dana ini juga sesuai untuk pelabur-pelabur ekuiti,seimbang dan bon yang ingin melabur wang mereka pada jangka pendek apabila berlaku perubahan dalam matlamat kewangan,situasi pasaran atau ingin memperolehi keuntungan.